glitter-graphics.com Assalamualaikum....hello...

Saturday, January 21, 2012

hebatnya pengalaman yang mematangkan..

"...benar dikau ku cinta setiap hari ku puja...." 

rasa nak bercinta lagi , ya yang tepatnya sekarang perasaan aku SEDANG INGIN BERCINTA , lirik lagu nie kekadang menusuk ke jiwa lak beberapa hari nie , do know why..hehehe...Kalau suatu rasa ingin melihat setiap lelaki dibahagiakan dengan cara terbaik dalam hidupnya itu menjadikan aku seorang pencinta lelaki , maka ya , aku memang seorang pencinta lelaki tegar !!

kesilapan , kebodohan dalam menjalani arus percintaan diusia 17tahun banyak mematang kan aku dalam bab cinta nie , bahagia yang dirasa cuma kejap aje , tapi impak nya Allah sahaja yang taw cmana...bila difikir , diingat kembali kenangan tue buatkan aku kuat , menelan asam garam , perih pahit tuk berhadapan dengan CINTA...mana tak nya , kadang aku tersenyum sendiri , murung , kecewa , nangis..macam-macam ada..tipu lah aku kalau aku lupa cmana rupa XBF lama aku 4tahun lepas , saiz XXL tue..hahahaha..walaupun dya tinggalkan aku sebab nak pergi kat kekasih lama dya , aku redha je , aku bersyukur sebab Allah taala dah tunjukkan pada aku bahawa dya bukan terbaik tuk aku..yeah !! suka suka suka sangat :) banyak benda aku belajar dari pengalaman lampau...

sesungguhnya aku menyatakan , masa te aku sayang XBF lebih dari yang dya taw , aku dah angan-angan nak bahagiakan dya lebih dari apa yang dya harapkan , aku nak sempurnakan hidup dya , nak selalu ada bila dya happy , sad , stress , ingatkan bila waktu nak hadap Allah , jangan selalu sangat salahkan orang lain bila ada masalah..baik kan aku..hahahahaha..tapi tue lah , cinta tidak kesampaian , aku dah bertekad nie , 
"...biarlah aku lukiskan sahaja perasaan tue untuk orang lain pulak..." , mana taw pengganti si dya nie lagi hebat , biarlah orang kata kita mampu rancang je , Allah yang tentukan..memang betol Allah tentukan tapi kalau kita usaha + doa + tawakkal Allah pasti bagi gak kan..hehehehehe..begitulah sebenanarnya cinta yang aku harapkan..

" kalau dya sayangkan kau nabill , mesti dya terima kau apa adanya " ayat nie biasa orang bagi kat aku , yeah , aku pown harapkan benda yang sama..aku nak orang yang aku suka [[ seseorang lelaki yang mencintai aku  perlu menerima aku ,  dia mencintai seorang pompuan  yang kurang manis senyumannya , muka banyak jerawat + bintik-bintik hitam , tak mancung hidungnya , xlunak suaranya sebab suara macam kartun , kena terima sifat kasar yang ada pada diri aku , kena tahan ngan perangai aku suka cakap banyak ]] senarai lain nanty aku masukkan...hahahaha...nie lah Allah bagi kat aku , so banyak kekurangan kan insan bernama nabill nabilah :)

  





Monday, January 16, 2012

budak poyo nak beri ucapan mesra !! :D

DEAR MUMMY ,

i just wanna let you know that i always need you tok buat sayer gelak , menangis ngan mummy...

i always need you tok buat sayer jadi anak yang berjaya yang selalu mendoakan sayer xkira masa ;)

i always need you tok cheer me up when sesiapa sahaje wat sayer sedih walaupun mummy wat sayer sedih !! hahahaha ( main-main ja )mummy taw kan anak mummy cmana , budak cengeng walaupun kononnya lagak KASAR !!

i always need you tok bagi semangat bila sayer rasa down & nasihat sayer walaupun sayer kadang xsuka bila mummy bebel adik sayer ada :( MALU bah

i always need you setiap masa , ketika walau apa pown jadi..sayer taw sayer budak lom cukup matang tok faham ,mengerti setiap apa yang mummy nak..well , sayer janji sayer kan jadi anak yang baik , yang buat mummy bangga ngan sayer..sob sob sob :(

nie lom cukup lagi tok sayer bagitaw why i needyou , soon baby you nie story lah..hahahaha :) if xmalas menaip :D

tak ada apa-apa tok diceritakan :D

well , post nie memang xde benda yang menarik pown..hahaha :) mesti korang sakit hati baca kan :) tapi xkisah lah , nie nak tunjuk post pertama sempena tahun baru ja..banyak story tapi malas nak menaip , tuk itu ku persembahkan post yang biasa just tok remind pembaca tuan punya blog nie still wujud :D 

TAKE CARE SEMUA NYA..may Allah bless us with His LOVE...sayang mummy sayer ~~ :DD

Wednesday, August 10, 2011

puisi Ketika Cinta Bertasbih

Ahyatul Husna ::

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah DURI menjadi MAWAR , mengubah CUKA menjadi ANGGUR , mengubah SEDIH menjadi RIANG , mengubah MARAH menjadi RAMAH , mengubah MUSIBAH menjadi MUHIBBAH...ITULAH CINTA :)

Anna AlthaFunnisa ::

sekalipun Cinta telah kuuraikan , dan ku jelaskan panjang lebar , namun tika CINTA kudatangi , aku jadi malu pada keterangan ku sendiri...meskipun lidahku telah mampu menguraikan , namun tanpa lidah ,  CINTA lebih terang...sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya :)

kata-kata pecah berkeping-keping , begitu sampai kepada CINTA , dalam menguraikan CINTA , akal terbaring tak berdaya , bagaikan keldai terbaring dalam lumpur , CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA  dan PERCINTAAN...



Sunday, July 3, 2011


Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu
Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

Thursday, June 30, 2011


Imam Al-Ghazali pernah memberi soalan teka-teki kepada anak muridnya, antara soalannya itu ialah “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini”?
Jawab mereka: Orang tua, guru, kawan dan sahabat. 
Imam Ghazali menjawab : kesemua jawapan kamu itu betul tetapi yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah mati.
Mati adalah sesuatu yang Haq. Tiada makhluk yang bernyawa akan kekal selama-lamanya melainkan akan datang padanya jua satu saat kematian.
mungkin hari ini, besok atau bila ajal datang menjemputnya.
Bersediakah kita? tepuk dada tanya iman.

10 Wasiat Imam Syafie



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”