glitter-graphics.com Assalamualaikum....hello...

Wednesday, August 10, 2011

puisi Ketika Cinta Bertasbih

Ahyatul Husna ::

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah DURI menjadi MAWAR , mengubah CUKA menjadi ANGGUR , mengubah SEDIH menjadi RIANG , mengubah MARAH menjadi RAMAH , mengubah MUSIBAH menjadi MUHIBBAH...ITULAH CINTA :)

Anna AlthaFunnisa ::

sekalipun Cinta telah kuuraikan , dan ku jelaskan panjang lebar , namun tika CINTA kudatangi , aku jadi malu pada keterangan ku sendiri...meskipun lidahku telah mampu menguraikan , namun tanpa lidah ,  CINTA lebih terang...sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya :)

kata-kata pecah berkeping-keping , begitu sampai kepada CINTA , dalam menguraikan CINTA , akal terbaring tak berdaya , bagaikan keldai terbaring dalam lumpur , CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA  dan PERCINTAAN...



Sunday, July 3, 2011


Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu
Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

Thursday, June 30, 2011


Imam Al-Ghazali pernah memberi soalan teka-teki kepada anak muridnya, antara soalannya itu ialah “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini”?
Jawab mereka: Orang tua, guru, kawan dan sahabat. 
Imam Ghazali menjawab : kesemua jawapan kamu itu betul tetapi yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah mati.
Mati adalah sesuatu yang Haq. Tiada makhluk yang bernyawa akan kekal selama-lamanya melainkan akan datang padanya jua satu saat kematian.
mungkin hari ini, besok atau bila ajal datang menjemputnya.
Bersediakah kita? tepuk dada tanya iman.

10 Wasiat Imam Syafie



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”

Friday, June 24, 2011

sedih , pasrah...


YA...SAYA SUDAH BERTUNANG....ngan sape??



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.




Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"



Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"



Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.



"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.



"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."



Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."



Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.



.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...




Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."



Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"



Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."



"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."



Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.



"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."



"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *



Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.



Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.



Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)


"TIADA KEREHATAN BAGI SEORANG PEJUANG MELAINKAN KEMATIAN'

Thursday, June 16, 2011

nyaris-nyaris...

hahahaha..apa nya nyaris-nyaris nie , dah macam xde tajuk lain lak kan..nie aku nak story , ye lah benda nie tetiba happen taw..sad lah gak , kira 2-3 minggu nie cam hidop lost giler..cam semuanya sad !!

aku gaduh ngan MUMMY aku , wei , bukan lah gaduh bertumbuk ke apa..gaduh means kat sini suka sangat wat ayat touchy last-last rasa xde semangat nak jaga hati mummy..asyik-asyik muka aku je wat mummy down , stress , tue lah hilang semangat membara nak jaga hati mummy...

biasalah anak umur remaja nie , selalu wat silap kan..selalu amik tindakan salah , tapi naseb baik gak , doa termakbul , still leh sabar & pujuk hati mummy than endingnya....HAPPY lah , kira xde masalah..mana tak nya ada ke patot anak dya nie sesuka hatinya wat mak dya unhappy , kan nye xtaw mummy dya jenis "GENIUS" , lagi genius dari mak orang lain..

just wanna share kat korang , mana yang sempat baca entry nie..mak kita marah kita , tegor kita , amik hati ngan apa kita buat tue bersebab...mak nie payah nak faham , kalau mak leh faham perangai anak-anak tue kira standard lah , nie kalau anak nak faham perasaan mak , payah sekit..banyakkan bersabar lah , pastu belajar buat kelakaries-kelakaries taw , bila mak kita dah start rasa xpuas hati ,  happy kan dya..jangan lak ikotkan perasaan dya sangat kang meletop der..BAHAYA bagi korang gak..hahahaha

MUMMY..love you so much !! i will be all that you want :D

AKU still kuat !!

entry kali nie nak story sal mamat serabai tue , gara-gara dya ar aku xde semangat , salahkan juga dya..hahahaha..aku rindu koe serabai..rindu yang xde berbalas :D

yeah , dah berapa hari tunggu kan detik nak borak ngan koe again , tapi sad..koe xde pown nak alert perasaan aku cmana..aku nangis , sedih ingatkan koe tapi bila fikir balik tok apa semua tue..menyeksakan perasaan sendiri sahaja..

aku still kuat tok cegah perasaan sad aku sebab ada insan lain yang perlukan tawa senyum aku..well , kalau koe xcall ke mesej , xpew lah..sebab aku xde hak nak paksa koe tok cari aku...hahahahaha..

jahat kan aku , tapi ye lah , koe sendiri xde usaha apa-apakan , taw lah hubungan kita nie cam xde pa-pa but kalau still ada perasaan mustahil koe xrasa apa aku rasa...let it be lah ye..kalau ada adalah , kalau xde kita sama-sama happy taw..:)

Friday, June 3, 2011

pandai juga aku...


sapa kata dak kasar cam aku xpandai lukis HELLO KITTY...ha !! amik korang..khas tok MUMMY nie...mummy kan suka hello kitty cuma yang nie xde colour..bangga seh , pertama kali aku lukis kartun nie..hahahaha..aku memang xminat tapi ye lah belajar tok minat tak salah kan :)

bila dah mula menulis surat tok MUMMY

 

nie lah kerja kalau malas sangat nak menaip panjang lebar :)

sedikit penyesalan...

yes !! xnak perasaan macam tue wujud..but the fact MUMMY , i was shock !! nak nanges taw baca diari tue..wawawawa..terasa diriku berdosa sungguh kerana melukakan hati mu wahai COFFEE kesayangan...maybe salah baby xpernah nak sedar , buat MUMMY feel sad , down..

MUMMY..baby xnak minta maaf kat mummy , sebab everything yang mummy luahkan tue , maybe betol..maybe baby kena peka keadaan semasa walaupun pahit tok ku terima..baby xde niat tok lukakan hati mummy kesayangan baby..baby betol xsedar..tiap ucapan , perlakuan tue xmenggambarkan perasaan dijiwa ku...aiseyman dah macam luahan tok BF lak..adoyaii :(

MUMMY..i just wanna let you know , you're my everything..your my strenght..your my happiness , your my sadness..anakmu nie selalu sangat wat mummy sad kan..oh tidak !! bukan niatku wahai bonda tersayang..jauh didasar hatiku...:(

terkadang aku khilaf..mentafsir sesuatu perasaan sehingga aku lupa dirimu terluka wahai bonda..mungkin terlalu menjaga perasaanmu hingga tanpa sixth sense bonda terluka..luka yang sangat pedih..!! pergh...BONDA ku , untuk yang ke berapa kalinya aku menyatakan , dirimu sangat berharga untukku , walaupun nilai iPhone4 yang aku idamkan tue lagy kecik nilai nya berbanding dirimu..then i realize that i should make something to let you know how special you are :)

Tuesday, May 31, 2011

bila boring melanda...

macam-macam lah nak difikir , haisy lagi-lagi aura member kawen xabis lagi , rasa nak juga naik pelamin..hahahaha..well , aku saja je nak post nie , perasan bajet cute kan tue lah pasal..lain lak lagy kes memikiorkan si MZ tue , tetiba dya call semalam...gara-gara xtaw nak kata apa xsampai 10minit bercakap off jek macam tue..hahahaha..terok giler :D

pelik ar rasanya , leh lak aku sangkut kat MZ yang jauh dimata kononnya , kat hati dekat seh..hehehehehe..aku xreti nak kata apa , buat masa nie segala macam perasaan muncul , bak kata pepatah tue , kalau lah dapat dipecahkan ruyung baru dapat sagunya , nie masalah aku maybe kena jumpa pakar cinta nie..aku kadang nak kat MZ nie , kadang xsuka..apa ke hal nye macam tue aku un xtaw..:(

fuh , naseb baik leh tahan lagi kesakitan dijiwa ku..hahahahaha..sastera seh..hope hubungan antara aku & MZ nie xde nak bebankan hati aku sangat...ye lah , masa still panjang kalau diizinkan aku nie hidup lama..banyak agy xtercapai..mana nak sambung study..nie semua gara-gara MZ , sapa suruh u ar buat i suka kat u..marah nie c(:

hey MZ !! jaga u , kalau kita jumpa i nak patahkan tengkok u , nak ketok pala u walaupun i nie ketot i hempuk juga kepala u nanty...tunggu taw !! :)

Monday, May 30, 2011

kahwin lambat bukan jadi hal part 2

Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita , cuma kadang kita nie mungkin diuji dengan keadaan macam tue , untuk sedarkan kita hidup dalam dunia nie kena berusaha , berdoa & tawakal...BUT , ada cara kita tue sebenarnya salah , baik lelaki mahupown wanita..yang salahnya cara kita nie satu nye kita terlalu berharap ngan pasangan kita sampai kita lupa takdir & ketentuan tue milik Allah...ada lak tue sampai xnampak kelemahan pasangan lain..sampai ada lak kata " aku dah kenal dye 4 tahun dah , so taw lah aku dye jenis cmana "..haisy , ye ke korang kenal pasangan korang tue..kalau tanya sekali ngan mak @ ayah dye pown lom tentu lagy korang kenal..

kat sini aku nak share beberapa cara cmana nak cepat dapat jodoh..antaranya ialah ;
  • berdoa lah macam nie.." Ya Allah , bukakanlah hati aku sesiapa sahaja yang baik budinya , yang boleh membimbing aku ke jalan yang engkau redhai...( selalunya orang berdoa macam nie , Ya Allah , jodohkan lah aku dengan si Polan bin Polan ) sebenarnya doa nie boley dipraktikkan tapi , bila kata lah doa tue xtermakbul , mesti korang akan fikir Allah tue xperkenankan doa korang , lastly..xpercaya pada Allah..terpesong akidah lak...
  •   hati kena fokus untuk mencari pasangan...kekadang , ada orang yang belom sedia nak bercinta        kan , so maybe fokus tue kurang...

  • jangan memilih sangat ,  benda nie selalu jadi..walaupun kita nie perlu memilih jangan lah sampai meletakkan beban pada hati..jangan sempitkan ruang syarat tok dapatkan pasangan korang..nie ada juga lah berlaku..event aku sendiri pown memilih..hahahahaha...
  • siapkan diri dengan ilmu..nie of course kena ada taw..ilmu bukan sekadar IQ terhadap basic knowledge , soal agama , soal cmana nak tackle pasangan pown kena amik kira aw..hehehehe
setakat tue ja lah yang aku nak share , share banyak pown takot lak nanty xterpraktik..senang story , bagi yang lambat bertemu jodoh tue jangan isau , pedulikan lah apa owang lain nak cop kita..lambat ke cepat kita kahwin nie semua ada hikmah yang besar..kalau umur sampai 45 tahun sekali pown kahwin no hal bah..hahahaha..

Friday, May 27, 2011

kahwin lambat bukan jadi hal part 1

assalamualaikum..hari nie nak update blog lagy...yeah , tetiba lak idea datang mencurah-curah seperty coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum & jadilah cococrunch..tajuknya pun bukan main hebat lagy " kahwin lambat bukan jadi hal ''..hehehehehe..jangan sensitif lak ye , nie cuma nak share idea sahaja..persepsi dari pemikiran dak xseberapa nak matang..let go...:)

aku mula dapat idea nie selepas aku berbual lam tefon ar..berbual ngan kakak aku , jarang lah kitorang borak sebab kakak aku keja tempat lain , so HP jadi penghubung..kalau jumpa kat umah pown rasanya xda masa maw berbual..almaklumlah , penat..hahahahaha..story lam kita berborak cam nie ar ;

aku :: wei , bila koe nak kahwin ah..??
kakak :: yang tetiba tanya kenapa pulak...
aku :: koe dah umur 27 kan , dah tua tue..tue pasal aku tanya..umur koe nie dah layak sangat nak mendirikan rumah tangga & rumah baru..hahahaha..
kakak :: alah , kat kampung tue kan ramai lagy yang belom kahwin , bagy dorang kahwin dululah...
aku :: aku malulah sesapa tanya kenapa kakak koe lom kahwin lagy...
kakak :: biarlah dorang , nanty tahu juga dorang diam tue....
perbualan stop , so xde apa result...

tengok , dialog simple kan , tapy serius aku bertanya kat kakak aku tue..aku memang terfikir juga kenapa kakak aku xkahwin lagy..dipendekkan story , so aku balik umah mak aku ar..jumpa ngan kakak , so lepak kat tangga umah , then tanya balik sal perbualan kat tefon ari tue..so dya pown explain kan kat aku..sadis ungguh aku mendengarnya..rasa cam baru tersentap !! hahahahaha..jahat kan aku..antara explaination yang kakak aku bagy ialah ;
  • aku lum sedia nak kahwin
  • masih besar tanggungjawab
  • aku fikir belom cukup baik
  • tunggulah lagy...seru belum datang agaknya
tengok , explaination  yang kakak aku bagi..menginsafkan bukan..hehehehe..cuma ye lah aku nie jenis xsetuju sangat ngan pendapat , pandangan orang lain..so aku tanya ar..tunggu seru datang ke..?? bukannya seru dah ada ea , cuma kakak aku belom nak kahwin..masa tue hot juga lah , macam aku lak nak kahwin..hehehehe...sensitif lak aku..:) perkara biasa an , soal jodoh sensitif giler aw..tak kahwin dicop xlaku lak..hahahaha

selama aku hidup nie bukan nya sorang dua aku tanya & ada yang meluah kat aku , kenapa kahwin lambat..ye lah for me sendiri , sapa xnak ada keluarga sendiri , baby sendiri , suami sendiri..hahahaha..rumah , kereta , pembakar roti , peti sejuk , TV Plasma 34 inci..aku pown nak juga..but the fact , ramai lagy yang belom tertunai nawaitunya...jiwa hamba Allah selemah kaum hawa nie ,  mana nak lepaskan peluang kan...ada yang nak sangat kahwin , tapi belom terlaksana , yang xnak kahwin lak lain lagy , tup-tup dah nikah..berbeza kan..ada lagy kes COUPLE 4 5 tahun tapy seminggu sebelom nikah putus hubungan..menyayat haty :(

TAPI.....tue semua dah tertulis..ada sebab musabab kenapa berlaku..nak taw apa...jumpa di next episode lah :) hehehehehe....TUNGGU.....

Wednesday, May 25, 2011

well aku ada adik peranakan Pakistani , Hindustani..korang ada..xde kan :)

so what !! kalau korang xde adik macam yang aku ada no hal lah..saja je tady tue nak bagy korang jeolous..yeah , aku ngaku ada adik 3 orang muka ala-ala hindustani..walaupun xlahir sebapa & seibu ngan aku , who cares !! adik aku juga..hahahaha..

let me introduce my beloved sister & brother...muka memang xsama lah ngan aku..totally memang xsama..hahahaha..aku kulit owang albino , mereka kulit Malaysia selatan..jahat an aku..xde lah sayangku..kak baby saja je nak gurau kasar..jangan amik hati ea..:)

first nak kenalkan kat you all , adik aku budak pompuan kurus kering nie..nama dye Wan Nor Rabiatul Adawiyah binti wan Mohd Saiful..lahir 22 November 1999 , kira seumo ngan adik bongsu aku ar..bezanya adik aku lelaki..aku kenal budak nie masa kat FB..masa tue kenal dari wall cikgu dya..so bila komen ada jek muka dya keluar..so bebudak , best layan jek lah..masa kat FB budak nie degil aw , xnak add pown walaupun dah kerap kali komen ngan dye..suka budak nie sebab best nyakat dye..lastly , jadi adik , sapa sangka kan..hahahahaha..dak nie jeolous sekit kalau mummy borak lama ngan aku..besalah tue..aku pown selalu rasa gak benda sama..tanx Dear , hadir dalam hidup kak baby...appriciate sangat :)

nie lak adik lelaki..xberapa rapat ngan dye nie..alah , nama pown adik laki , kang kalau rapat sangat nanty adik nie jadi lembut lak..hahahaha..so taw sekit ja sal dak nie..nama dya Wan Mohd Fakhrul Razi bin Wan Mohd Saiful , birthday dye 23 Jun 2001..nakal ke dye..ye kot..selalu
" satay " mummy nie..dak nie suka makan , then non stop makan , peliknya badan kurus giler..hensem x adik i..hahaha..dah ada calon GF nie :)



yang nie adik bongsu , setakat nie lah..well i like call dye
" princess "..comell kan dye nie..nama adik nie Wan Norsaidatul binti Wan Mohd Saiful...dak nie lahir tahun 2003 18 Julai..anak kesayangan daddy kot , banyak cakap dak nie..non stop tue except time tido..hehehe..dak nie suka kacau aku nie , rapat sekit ngan mummy mulalah dye nak merengek sekali..haisy , naseb baik adik...



 ala muslimah kan..hehehehe..well adik sape tue..:)











main kiss lak mereka nie..wei dik !! kak baby jeolous aw ,
nak juga :(

 yang nie dah muka ala-ala rambo..ganas lah tue kononnya..kak baby xtakot kot..hehehehehe..soon kita gambar berempat lak okay !! :)




well , aku baru nak kenal ngan mereka tiga orang nie termasok nak kenal everyone sekeliling dorang..tanx sebab bagy chance sayang korang ye dik...best kenal korang..hehehe..paling best jadi sebahagian dalam family korang..i love you :)

first time nyanyi lagu hindi

lol !! rasa lawak giler nyanyi..ntah betol ke tidak pronounce nye..haisy..tapi best..nyanyi tok adik tue..hahahahaha..xsangka ada bakat juga..walaupun malu tok adik kakak baby nyanyi tue..nak tunjuk rasa sayang kat adik lah tue..hahahaha
  • Bole chudiyan, bole kangna
  • Haai main ho gayi teri saajna
  • Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya

memang rasa lawak , malu , bengong pown ada..sejam bercakap diisi ngan perbualan ntah apa-apa tue..well sayang , kak baby tabik kat mu dik..bila adik kata sayang kak nabill lain macam jadi..walaupun you jeolous kan ngan kak nabill sebab mummy lagy concern kak nabill...hahahaha

well sayang , don't worried okay..i'll make sure mummy concern ngan kita adik beradik okay..cuma biasalah , kak nabill xnak sama , xnak share kot..pe pown nak kata kat you ILOVEYOU adik...but ILOVEMUMMY lebih ar :)

Tuesday, May 24, 2011

semaikan rasa cinta anda begini

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
 Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
 Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
 Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
 Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…;)

pernah kah kau merasa :)

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pand
angan matanya
membuat hati kita melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…
Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami
… menarik kita mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA..

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA. 

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
 
Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk?
                                                  Yang demikian itulah namanya CINTA

Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. 
 
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. 

Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Sunday, May 22, 2011

perkara penting saya buat bila rindu awak....

awak tak taw kan bila saya rindu awak , saya buat apa...today i nak bagitaw awak :)

  • bila saya rindu awak , apa saya buat ialah saya cakap sorang-sorang..kira macam bayangkan awak ada depan mata saya ar :)
  • bila saya rindu awak ,  saya pelok dolly halloween saya walaupun saya taw bukan awak yang bagi/belikan dolly tue tok saya :)
  • bila saya rindu awak saya , xsenang duduk aw..saya balik ulang alik masok keluar bilik..ntah kenapa saya buat macam tue pown saya xtaw :)
  • bila saya rindu awak , ntah tetiba air mata saya keluar..bukan saya suruh mahupown paksa tapi ntah nak juga keluar , kalau sekit xpew :)
  • bila saya rindu awak saya press inbox mesej saya..then baca balik mesej lama kita..i told you , masa baca tue feel sangat aw , rasa nak terjun mandi kolam pown ada :)
  • bila saya rindu awak , saya dengar lagu awak suka , yang awak xsuka pown saya dengar..pastu angan-angan awak nyanyi tok kita :)
  • bila saya rindu awak , sumpah , saya doa padaNya macam nie " ya Allah ,  gerakkan lah hatinya untuk merindukan aku sepertimana aku merindukan dia " tapi xda lah nak rindu lelebih ea..Allah murka nanty :)
  • bila saya rindu awak , mulalah lah saya nak calling awak , text , mms kat number fon awak uw..tapi saya takot bila saya call awak xanswer saya lagy sad , kalau mesej xreply mulalah nak fikir yang awak nie xon HP sebab layan pompuan lain...masa tue rasa nak jerit kuat-kuat kat telinga awak aw...
tue bila saya rindu awak , macam-macam saya buat , kalau boleh i xnak tapi apakan daya..i'm just ordinary person..soory aw , rasa macam poyo sangat lak..hahahaha :D

senang salahkan orang lain kan

i kalau xcari salah orang lain i xley hidop aw , rasa xbest langsong , rasa ada je yang kurang..hehehehe... mungkin aku nie dikurniakan sifat ambik berat sal orang lain so bantai ja lah..here , sedikit coretan mesra tok korang yang [[ senang salahkan orang lain ]] baik punya surat cinta nie aw..walaupun bukan nye coretan beralaskan bedak cop syurah..hahahahaha..

dah cukup madah nie..mey teruskan...kenapa kita senang salahkan orang lain dah xde keja lain ke kita nak buat nie sampai cari kesalahan orang lain je..try lah pulak cermin diri tue , renung kembali apa pernah kita buat , betul ke x apa yang pernah kita cakap..xyah lah meletakkan 100% kesalahan pada diri orang lain , ceTRY , TEST , CUBA lak tengok diri tue..best sangat ke ar cari kesilapan mahupown kesalahan orang lain..tokseh lah susahkan diri sayang , manja , darling..

i paling xsuka aw dengan mereka yang suka meletakkan salah pada orang lain , selalu je jadi , mula kata xsalahkan tapi hati tue , main sumpah seranah lagi..xley pakai langsong..hehehehe..cubalah mengkome semua nie renung , amati , kenal diri mengkome semua..kalau xley nak buat tok diri sendiri mey i tolong..renung sampai tembus semua tue nanti..benda yang korang xrealize jadi pown korang akan taw bila aku dah tolong amati..kesalahan & kesilapan sebijik kuman pown aku nampak tue..hahahaha..;)

kalau korang nak kata kat aku " manusia takde yang sempurna , always wat silap " dah tue terimalah silap orang lain , nie dok mu nak bantai cukup-cukup lagi..aku geram nie..dah tue pulak , why not korang nie berubah , xyah bagy sempurna sangat , berubah nampak sempurna pown cukup..kalau xley juga berubah tue ,  janganlah nak nak tunjuk perangai yang boleh kena cop ngan orang lain termasuk i..BIKIN PANS der..

so endingnye ialah :: *  jangan asyik fikirkan soal kesalahan orang lain , think about yourself..then kalau dah taw suka sangat cari salah owang lain , tegurlah elok-elok , ngan budi bahasa yang tinggi..menegur cara berhemah , bukan memandu je kena berhemah..samdol !! kalau lagy nak rasa cari salah , PLEASE ea , cari salah diri mu tue dulu :: :)

lepas baca jangan xrety lagy , kang aku hempuk juga nanty :D

Saturday, May 21, 2011

hari nie lemas giler :(

don't know why , rasa xbest sangat hari nie..benci giler..tue lah xnak balik umah mak aku , mesty ada je benda xbest happen..sampai bila nak jadi cenggini..sakit jiwa aku :(

xsuka betol ngan rasa macam nie..then terbawa-bawa kat owang lain , please..HALP ME...kalau korang rasa apa yang aku rasa kan best , sesama lah kita sad..nie x , aku sorang je rasa..macam xadil..:(

kepada Fizah Fiza sorry aw xlayan u sangat masa fon call pagi tadi..rasa bengang sangat , niat xde nak bring you lam situasi giler i nie..hope you faham..really sorry..that's y i antar mesej kat you "have a nice day "..
coz i know hari nie bukan hari yang nice tok sayer..

Thursday, May 19, 2011

suka sangat :D

Dikeheningan malam, Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam Terdengar suara terngiang
Suara merdu yang disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
 Ingin ku luahkan kata

Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini

Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila terjaga semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua


Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

bila rindu.....

after aku share satu note ngan member tadi rasa terdetik lak dalam hati , jiwa , perasaan yang asing tue..rasa macam FALL IN LOVE..tetiba lak teringat kat MR.RIGHT yang aku kenal 4tahun lepas & si dia MZ yang selalu suka diam tanpa berita..bukan nak harapkan apa-apa dari you tapi ntahlah..fitrah manusia kot dikurniakan perasaan sayang , rindu kasih , cinta , pada orang yang belom tentu jadi milik nya :(

 kekadang takot juga ada rasa macam nie , bila rindu mula mencari , bila dah cari tapi xjumpa mula nak sedih , fikir negative...bila dah layan jiwa macam tue mula nak melelehkan airmata kat pipi yang empuk nie , last-last yang teman sapa , tisu , tuala , bantal...

apalah nak dibuat , bila xtry nanti dicop nanti xde perasaan , so what bila dah try rasa xmampu..huhuhu..fikir balik okay apa ada kena perasaan macam nie , kira kita belajar hargai perasaan sendiri..xkesah lah ending nya positif ke negatif ke , just let it be , semuanya bukan sempurna..:)

Monday, May 16, 2011

reasons of anything....

saya nak awak tahu :D

dah post sebelom nie marah-marah kali nie nak wat yang touching lak...hehehehe...bukan apa , nak sejukkan hati je , kang hati jadi gelap marah lama-lama :D


awak....saya nak awak tahu ;

awaklah manusia yang terbaik yang pernah saya jumpa :)

awaklah kegembiraan , kesedihan , kekuatan & keyakinan saya :)

awak , kalau awak dah jumpa kawan , sahabat , teman yang jauh lagi baik dari saya awak jangan lupakan saya taw :)

awak , walaupun apa yang saya taip kat sini nampak macam poyo / sengal / masyok air ke saya nak awak tahu , yang awak adalah sahabat , kawan & teman yang sangat saya impikan :)

awak , kita ada kenangan kan...kenangan masa kita happy , sedih , merajuk antara satu ngan yang lain , saya nak awak jadikan kenangan tue sebagai pengganti saya kalau saya dah xde nanty...sebab saya xmampu nak bagi awak apa-apa supaya awak ingat saya..:(

awak ,  kalau selama saya kawan ngan awak nie , saya ada buat lawak , pastu cakap kasar lak tue saya nak minta maaf kat awak banyak-banyak , nanti nak tunggu waktu raya nak minta maaf xsempat..awak maafkan saya taw..masa saya wat lawak ke saya xsedar kalau ada yang buat awak terasa...:(

awak...kalau nanti satu hari kita jumpa , saya xdapat nak gerakkan mulut tuk bercakap , gerakkan tangan nak pegang pen , gerakkan jari nak buat bahasa isyarat untuk awak , saya nak awak ingat saya SAYANG awak , SUKA kawan ngan awak , RINDU nak tengok awak gelak mengilai bila saya buat lawak , CINTA kan everything sal awak..sebab saya SELESA sangat keadaan macam tue bila awak bersama saya...

awak , kalau saya ada hutang awak apa-apa kan , yang xsempat saya bayar awak jangan tuntut kat FAMILY saya taw..sebab everything pasal diri saya xda kena mengena ngan FAMILY saya..saya nak awak halalkan semuanya taw..baik duit , tenaga , senyuman awak , kasih sayang awak tok saya..everything..
jangan lupa tue :)


awak , dah habis awak baca semua nie awak kena janji taw akan ingat semua apa yang saya nak bagitaw awak nie..kalau ingat dua tiga pown xpew..better than nothing..I LOVE YOU awak :)

selepas saya , kawan diblock !!

wei , apahal nye entry aku nie..nie kisah benar taw..al-kisahnya..lepas balik dari cuti-cuti Malaysia ke Pulau Labuan hari tue , aku on9 FB macam biasa ar..kira benda dah selalu buat , skodeng lah wall ke wall..alah , wall kawan yang selalu komen ar..so , pada saat aku menaip namanya diruangan SEARCH tue , aku terkejot..pa ke hal nya xjumpa nie..so aku pown try lagi mencari dan terus mencari..sah !! dya activate akaun..sebab aku nampak namanya dia tue jadi gelap ja..pastue xdak gambar..

aku xhirau sangat , so 3 hours later kan pada hari yang sama juga , ku contact member..suru try cari juga..si kawan pown xjumpa , confius lah juga..kenapa xjumpa kan..so menguatkan lagi keazaman , keyakinan , owh..dia XFB lagi lah tue...

selang berapa hari , call tanya lagi member..wei , koe kawan lagy ke ngan " dia " ke..pastue dia sound balik , kenapa tanya..so aku pown gitaw lah...dia XFB lagi ar..dah cari xdapat powm..si kawan hairan , tengok ada je , kawan lagi..


finally...aku dapat tahu aku kena block bila aku skodeng wall " dya " ngan member lain..hai , apa nak jadi nie..aku xwat apa-apa pown aku kena juga..manusia , kalau nak block bagitaw ar..nie takde..taw lah aku nie nakal tapi nakal aku ada akal gak..cibai tol , tapi xpew..aku ley accept lagi benda tue..yang aku bengang , pehal koe block kawan aku juga..hahahaha..xfaham aku taw..selalunya yang " dya " BLOCK tue XBF 
" dya "..kawan XBF " dya "..nie aku..atau..aku kawan ngan XBF " dya " mahupown kawan kepada 
XBF " dya " kot..hahahaha

nie masok aku sekali , member kena BLOCKing nie ada 4 orang kot..yang sorang member guna nama lama , tue pown kat FB lama juga , kedua , member yang join komen masa aku kena bagi ceramah , yang ketiga & keempat nie xtaw bila masa kena block..sedar-sedar dah kena..alahai kawan ku , sorry lah ye..sebab aku korang kena..hehehehehe

 tapi aku suka lah komen kawan aku yang kena block ..sebab kan mereka nie always support aku..pala hotak mereka memang terbaik dari ladang..hahahaha..hati manusia payah nak faham , kita fikir kita nie dah cukup faham rupanya..memang " dya " memang xboleh difahami..hahahaha...

wei , kawan , suka lah ngan ayat korang tue..
nie status kat FB :: koe add aku koe BLOCK aku..bagus !! dedikasi sangat :D ::