glitter-graphics.com Assalamualaikum....hello...

Tuesday, May 10, 2011

layangan cinta buatmu ayahanda & bonda...

assalamualaikum & salam kasih sayang buatmu ayahanda & bonda...terlebih dahulu anakanda memohon ampun & maaf sekiranya apa yang anakanda coretkan ini telah mengguris hatimu wahai ayahanda & bonda..tiada apa yang mampu anakmu lakukan selain mengharapkan belas & kata maaf yang tidak terhingga darimu...
ayahanda & bonda...
amat kerdil diri ini & tidak terdaya tuk menyatakan sendiri kepadamu " how much i love you , i need you mum & dad..." tidak pernah ada ruang tuk anakmu menyatakan isi hati ini kerana rasa takut tersilap bicara yang akhirnya membuat hatmu terguris...
ayahanda & bonda..
jika aku punya kekuatan saat ini , ingin sahaja aku memeluk dirimu seperti anak yang lain..namun sifat malu & rendah diri ini membuatkan nawaitu itu terbantut..aku malu bukan kerana tidak mahu mengaku dirimu sebagai orang tuaku , tetapi aku malu kerana  aku dapat rasakan aku belum dapat membahagiakan dirimu , terasa waktu untuk membahagiakanmu itu masih terlalu jauh tuk aku gapai...masih terlalu banyak dugaan tuk realisasikan hasrat itu duhai ayahanda & bonda...

ayahanda & bonda...
andainya aku tidak punya kesempatan untuk membuatmu bahagia , andainya aku tidak punya masa yang panjang untukku membuktikan rasa kasihku padamu...ampunkanlah aku duhai ayahanda & bonda...halalkan lah segala pengorbananmu , penat lelahmu menjaga diriku sampai saat ini , halalkan lah air susu yang mengalir didalam tubuhku duhai bonda...
tiada yang dapat aku berikan melainkan doa & harapan..semoga ayahanda & bonda tabah menghadapi segala dugaan hidup..andai satu saat nanti aku punya kekuatan tuk menyatakan pa yang aku rasakan kepadamu , akan aku luahkan segalanya ayahanda & bonda...

ayahanda & bonda....apa yang aku mahukan sehingga kini...

JANGANLAH biarkan rasa marahmu terhadapku itu membuat diriku berada dalam satu situasi di mana Allah taala melaknat diriku...

JANGANLAH jadikan aku sebagai calon anak derhaka kepada kedua orang tuanya hanya kerana aku tidak sempat membahagiakan dirimu...

JANGANLAH engkau wahai ayahanda & bonda merasa malu kerana anakmu belum lagi memegang segulung Ijazah yang mampu membuktikan pada orang lain bahawa anakmu juga layak tuk berjaya...

ikhlas buatmu ayahanda & bonda..salam kasih sayang untukmu...;)


1 comment: